WhatsApp memperkenalkan ciri baru iaitu Mic Mode Controls untuk pengguna iPhone bagi memudahkan mereka menukar tetapan mikrofon ketika panggilan suara atau video tanpa perlu keluar daripada aplikasi.
Sebelum ini, pengguna iPhone perlu membuka Control Center untuk menukar tetapan mikrofon seperti Voice Isolation atau Wide Spectrum. Kini, WhatsApp menyediakan cara yang lebih pantas untuk memudahkan pengguna mengubah tetapan mikrofon.

Terdapat empat pilihan mod yang ditawarkan iaitu Standard tetapan biasa, Voice Isolation kurangkan bunyi latar belakang dan memfokuskan kepada suara pengguna, Wide Spectrum benarkan bunyi persekitaran dirakam bersama suara dan Automatic peranti akan memilih mod mikrofon yang paling sesuai secara automatik.
Menurut Apple, mod yang dipilih akan terus digunakan untuk panggilan WhatsApp yang seterusnya sehingga pengguna menukarnya semula. Ciri ini telahpun dilepaskan secara berperingkat untuk pengguna iOS dan dijangka akan tiba kepada lebih banyak pengguna dalam beberapa minggu akan datang.