Xiaomi telah mengesahkan ketibaan fon lipat baru mereka iaitu Xiaomi 18 Fold pada 7 September ini di China.
Seiring dengan pengumumannya, Xiaomi turut memperlihatkan rekaan awal Xiaomi 18 Fold. Tampil dalam pilihan warna Nishino Red dengan rekaan yang premium. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan lampu LED ditempatkan dalam modul kamera berbentuk pil secara melintang.

Xiaomi turut mengesahkan peranti ini akan dilengkapi dengan skrin luar bersaiz 5.38-inci, manakala skrin dalam pula bersaiz 7.58-inci. Rekaan dan saiz ini dilihat semakin mendapat sambut dan perhatian dalam industri telefon pintar kerana ia menawarkan pengalaman skrin yang lebih luas apabila digunakan dalam keadaan tertutup. Selain itu

Lebih menarik, Xiaomi 18 Fold akan menjadi peranti terawal yang akan dikuasakan dengan cip yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi iaitu Xring 03. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai peranti ini akan dikongsi dalam masa terdekat.