Close

BYD lantik Inokom untuk pemasangan EV di Malaysia

BYD telah melantik anak syarikat Sime Motor iaitu Inokom Corporation Snd Bhd sebagai rakan pemasangan tempatan EV di Malaysia.

Pemasangan ini menggunakan kaedah ‘completely knocked-down’ (CKD) yang akan dijalankan di kilang Inokom di Kulim, Kedah. Pengumuman tersebut dibuat selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di ibu pejabat global BYD di Shenzhen, China berjaya dimuktamadkan.

Penggumuman atau pelantikan ini merupakan langkah penting dalam strategi pengembangan operasi syarikat itu di pasaran tempatan. Menurut BYD, pemilihan Inokom dibuat selepas mengambil kira penilaian terhadap pasaran tempatan serta keupayaan pengeluaran syarikat berkenaan, termasuk pengalaman pemasangan kenderaan, tenaga kerja mahir dan prasarana sedia ada.

Pengarah Urusan BYD Malaysia iaitu Jacob Ma, berkata pemasangan tempatan mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap Malaysia, dalam masa yang sama membolehkan kepakaran dalam teknologi kenderaan tenaga baru.

Selain itu, kerjasama ini berpotensi memperkukuh ekosistem automotif negara, menyokong perniagaan tempatan dan membangunkan kepakaran yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang industri berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN