Samsung mungkin akan memperkenalkan siri Galaxy S27 lebih awal berbanding siri Galaxy S26, dijangka sekitar Januari atau Februari 2027.
Sebagai perbandingan, siri Galaxy S26 diperkenalkan secara rasmi pada penghujung Februari dan mula tersedia di pasaran bermula pada awal Mac 2026. Kelewatan tersebut dikatakan berpunca daripada perubahan strategi Samsung pada saat akhir, termasuk keputusan untuk menggantikan model Galaxy S26 Edge dengan Galaxy S26+.

Sekiranya laporan ini tepat, siri Galaxy S27 berkemungkinan kembali kepada jadual pelancaran yang lebih awal. Walau bagaimanapun, Samsung masih belum mengesahkan sebarang tarikh ketibaan rasmi untuk siri Galaxy S27.
Selain itu, laporan sama turut mendedahkan Samsung belum lagi memuktamadkan beberapa perkara berkaitan spesifikasi antara naik taraf RAM dan storan yang disebabkan oleh peningkatan kos komponen memori. Sebelum ini, Samsung merancang untuk menggunakan RAM LPDRR6 dan storan UFS 5.0 pada Galaxy S27 Ultra, namun disebabkan oleh peningkatan kos komponen memori rancangan tersebut mungkin perlu dinilai semula.
Selain perubahan spesifikasi, siri Galaxy S27 juga dijangka berdepan kemungkinan kenaikan harga jualan berbanding generasi sebelumnya. Peningkatan kos komponen memori memberi tekanan kepada pengeluar telefon pintar, terutama bagi model andalan yang dimuatkan dengan perkakasan lebih canggih