Close

Microsoft 365 alami gangguan global – Outlook tak boleh diakses dan Copilot turut terjejas

Microsoft dilaporkan mengalami gangguan perkhidmatan dalam skala yang besar sekali gus menjejaskan ribuan pengguna di beberapa rantau.

Antara perkhidmatan yang terjejas adalah Outlook, Microsoft Teams, SharePoint, Microsoft 365 dan juga pembantu AI Copilot. Pihak Microsoft dikatakan menyedari masalah tersebut dan sedang menjalankan siasatan berkenaan perkara tersebut.

Menurut Microsoft, masalah tersebut dikatakan berpunca dari peningkatan beban infrastruktur di beberapa rantau yang menyebabkan pengguna mengalami ralat sambungan ketika cuba mengakses perkhidmatan berkenaan.

Walaupun usaha pemulihan sedang dijalankan namun perkhidmatan tersebut buat masa ini belum pulih sepenuhnya. Selain itu, Microsoft turut menghentikan sementara pelaksanaan kemas kini serta perubahan konfigurasi ketika siasatan dijalankan bagi mengenal pasti faktor lain yang mungkin menyumbang kepada gangguan ini.

Menurut Microsoft, pengguna mungkin dapat mengakses semula perkhidmatan secara berperingkat apabila kapasiti dipulihkan dan aplikasi yang digunakan berjaya menyambung semula.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN