Close

5 ciri baru WhatsApp yang wajib tahu dan cuba

Dalam usaha untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik, WhatsApp telah memperkenalkan pelbagai ciri baru yang menarik.

Seiring dengan itu, kami ingin berkongsi lima ciri baru WhatsApp yang wajib anda tahu dan juga cuba.

Scheduled message

WhatsApp akhirnya memperkenalkan fungsi mesej berjadual atau Scheduled Messages yang membolehkan pengguna menetapkan masa dan tarikh untuk mesej dihantar secara automatik.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menulis mesej terlebih dahulu kemudian menetapkan masa bila ia akan dihantar. Ciri ini turut boleh digunakan pada perbualan individu dan kumpulan yang merangkumi teks, gambar, video dan pautan. Pengguna boleh menetapkan mesej untuk dihantar sekurang-kurangnya 10 minit dari waktu semasa atau sehingga 14 hari lebih awal.

Menariknya, mesej yang telah dijadualkan akan dihantar secara automatik walaupun fon pengguna dimatikan atau tidak mempunyai sambungan rangkaian pada waktu penghantaran. Untuk mengunakan ciri ini, anda hanya perlu tulis mesej seperti biasa kemudian menekan seketika pada butang hantar. Seterusnya, pilihan masa penghantaran akan diperlihatkan, pilih dan tetapkan masa.

Parental Controls

Ibu bapa atau penjaga kini boleh mengawal dan memantau penggunaan WhatsApp anak mereka melalui ciri Parental Controls.

Melalui ciri ini, ibu bapa atau penjaga boleh menetapkan beberapa kawalan privasi untuk akaun WhatsApp anak mereka, termasuk menentukan siapa yang boleh melihat gambar profil mereka, siapa yang boleh menambah mereka ke dalam kumpulan serta kandungan yang boleh diakses.

Selain kawalan privasi, WhatsApp turut membolehkan ibu bapa menerima notifikasi apabila anak mereka menyertai atau meninggalkan sesuatu kumpulan.

Ahli kumpulan sehingga 1500

WhatsApp meningkatkan had ahli dalam kumpulan sehingga 1500, sekali gus membolehkan lebih ramai pengguna menyertai kumpulan yang sama. Sebelum ini, WhatsApp menetapkan had ahli kumpulan hanya terhad kepada 1024 sahaja.

Sokongan sehingga 1500 ahli dalam satu kumpulan membolehkan pengguna mengumpulkan komuniti yang lebih besar tanpa perlu membahagikannya kepada beberapa kumpulan berasingan. Ciri ini lebih berguna untuk komuniti besar, organisasi, persatuan atau bisnes yang memerlukan komunikasi dengan ramai ahli secara serentak.

Menariknya, peningkatan had ini turut terpakai pada kumpulan di bawah WhatsApp Communities. Ciri ini telahpun tersedia secara berperingkat untuk pengguna Android dan iOS, dijangka tiba kepada semua pengguna dalam masa terdekat.

Sound sticker

Ciri yang dikenali sebagai Sound Stickers ini membolehkan pengguna menghasilkan sticker animasi daripada video dari galeri, kemudian menambah audio seperti bunyi asal video, efek bunyi, muzik atau rakaman suara sendiri.

Untuk menghasilkan sticker dengan bunyi, pengguna hanya perlu membuka keyboard sticker WhatsApp dan pilih Create Sticker. Selepas itu, pilih video daripada galeri yang ingin ditukarkan menjadi sticker animasi.

Seterusnya, tekan butang audio yang terletakkan dibahagian atas untuk tambah bunyi kemudian pilih audio yang ingin diletakkan pada stickers. Apabila sticker dihantar, ikon audio kecil akan dipaparkan pada sticker dan penerima hanya perlu menekan ikon audio untuk memainkan bunyi yang disertakan.

Ciri ini telahpun tersedia secara berperingkat untuk pengguna Android dan iOS, dijangka tiba kepada semua pengguna dalam masa terdekat.

Group status

Cini group status boleh dikatakan cukup menarik, membolehkan pengguna berkongsi status khusus dengan ahli dalam sesuatu kumpulan atau group tanpa perlu menghantar gambar atau video ke dalam ruang sembang atau chat dalam group itu sendiri.

Status ini boleh dilihat, dibalas dan juga boleh diberi reaksi oleh ahli kumpulan, serta akan hilang secara automatik selepas 24 jam. Ciri ini lebih praktikal untuk berkongsi momen bersama keluarga, rakan atau komuniti kerana pengguna boleh berkongsi sesuatu tanpa mengganggu perbualan utama dalam group.

Untuk menggunakan ciri ini, buka WhatsApp dan masuk ke kumpulan yang ingin dikongsi status. Seterusnya, pergi ke bahagian Group Info dan pilih Add Group Status. Muat naik status seperti gambar, video atau kandungan yang disokong dan tunggu sehingga proses selesai.

ARTIKEL BERKAITAN