Close

vivo X100 telefon pertama guna cip Dimensity 9300 – Akan dilancarkan pada 13 November ini

vivo telahpun menjadualkan acara pelancaran siri vivo X100 pada 13 November ini di China. Berikutan dari itu, vivo melalui Weibo telah berkongsi beberapa maklumat mengenai siri vivo X100.

Merujuk kepada perkongsian terbaru vivo, mengesahkan yang siri vivo X100 akan dijana dengan cip andalan terbaru dari MediaTek iaitu Dimensity 9300. Sekaligus, menjadikan vivo pengeluar pertama yang akan menggunakan cip tersebut.

Dimensity 9300 dikatakan lebih berkuasa berbanding cip Snapdragon 8 Gen 3. Menggunakan teknologi binaan 4nm yang dihasilkan oleh TSMC. Menggunakan 8 teras dengan konfigurasi 1+3+4 iaitu 1x Cortex-X4 dengan kelajuan 3.25Ghz + 3x Cortex-X4 dengan kelajuan 2.85GHz + 4x Cortex-A720 dengan kelajuan 2.00GHz. 

MediaTek menyatakan yang Dimensity 9300 adalah 40% lebih pantas, 33% lebih jimat kuasa dan 8% lebih cekap kuasa berbanding cip sebelumnya. Selain itu, ia turut menjanjikan peningkatan grafik sebanyak 46% dengan ray-tracing melalui GPU Immortalis-G720.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN