Close

OnePlus kekal guna pengecasan 100W pada OnePlus 12 – Sama seperti OnePlus 11

OnePlus buat masa ini, belum lagi mengumumkan sebarang tarikh pelancaran bagi peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 12. Walaubagaimanapun, telah ada laporan mendedahkan maklumat mengenai peranti tersebut.

 

Terkini, peranti yang didakwa sebagai OnePlus 12 telah dikesan di Pensijilan 3C. Melalui pensijilan tersebut mendedahkan yang OnePlus 12 akan menyokong pengecasan maksimum pada 100W (11V/9.1A) iaitu kelajuan yang sama digunakan pada OnePlus 11.

Namun begitu, terdapat laporan lain menyatakan yang OnePlus akan membawakan kembali pengecasan tanpa wayar 50W pada OnePlus 12 yang digabungkan dengan bateri sebesar 5400mAh.

OnePlus 12 dikatakan akan memfokuskan kepada keupayaan fotografi yang lebih baik melalui sensor kamera LYTIA baharu. Selain itu, OnePlus 12 masih menggunakan penjenamaan Hasselblad dengan logo H baharu.

Untuk spesifikasi, OnePlus 12 berkemungkinan akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, 16GB RAM, skrin AMOLED BOE 120Hz dengan kecerahan puncak 2600 nits. OnePlus 12 dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2023 di China dan memasuki pasaran global pada suku pertama 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN