OPPO Malaysia melalui Facebook rasmi mereka telah mendedahkan yang Find N3 Flip akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Find N3 Flip telahpun dilancarkan lebih awal di China. Hadir dengan sejumlah peningkatan dari spesifikasi, teknologi dan rekaan yang lebih baik
Walaubagaimanapun, perkongsian tersebut tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi peranti, tarikh pelancaran, harga jualan dan ketersediaan peranti tersebut.
Jika merujuk kepada spesifikasi yang ditawarkan di China, Find N3 Flip hadir dengan skrin utama OLED LTPO bersaiz 6.8-inci yang menyokong paparan adaptif 1Hz hingga 120Hz. Seterusnya, Dikuasakan dengan cip Dimensity 9200, RAM 12GB LPDDR5X, storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0, bateri 4300mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 44W.
Maklumat lebih lanjut mengenai acara pelancaran Find N3 Flip dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.