Xiaomi Malaysia secara rasmi memperkenalkan siri “T” baharu untuk pasaran tempatan melalui model Xiaomi 13T dan 13T Pro. Hadir dengan peningkatan spesifikasi dan keupayaan kamera yang lebih baik melalui penjenamaan Leica.
Kedua-dua peranti dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci CrystalRes AMOLED dengan resolusi 2712 x 1220. Turut menyokong paparan 144Hz AdaptiveSync, HDR10+, Pro HDR Display dan kecerahan puncak pada 2600 nits.
Untuk Xiaomi 13T Pro, ia dikuasakan dengan cip Dimensity 9200+ yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 120W. Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP telefoto + 12MP ultra lebar dan swafoto 20MP. Keupayaan kamera ini dipadan dengan penjenamaan Leica.
Manakala untuk Xioami 13T, ia dijana dengan cip Dimensity 8200 Ultra yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 67W. Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP telefoto + 12MP ultra lebar dan swafoto 20MP. Seperti Xiaomi 13T Pro, keupayaan kamera ini turut dipadan dengan penjenamaan Leica.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara stereo Dolby Atmos, Bluetooh 5.4, penarafan IP68, Gorilla Glass 5, NFC dan menjalankan MIUI 14 yang berasaskan Android 14.
Di Malaysia, Xiaomi 13T Pro dijual pada harga bermula RM2499 (12GB+256GB), RM2699 (12GB+512GB) dan RM3499 (16GB + 1TB).
Manakala, Xiaomi 13T pula dijual pada tanda harga RM1799 (8GB+256GB) dan RM1999 (12GB + 256GB). Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Alpine Blue, Meadow Green dan Black.
Bagi yang berminat, pra-tempahan dibuka bermula 27 September sehingga 6 Oktober melalui kedai rasmi Xiaomi Malaysia atau kedai rasmi atas talian Xiaomi di Lazada dan Shopee.
Setiap pra-tempahan melalui kedai rasmi Xiaomi Malaysia akan menerima hadiah percuma Xiaomi Smart Band 8 bernilai RM199 dan Photography Gift Pack bernilai RM299.
Manakala, untuk kedai atas talian akan menerima hadiah percuma Redmi Buds 4 Pro bernilai RM369 dan Xiaomi Smart Band 8 bernilai RM199.
Tidak ketinggalan, setiap pembelian akan menerima jaminan tambahan selama 1 tahun, satu kali penggantian skrin percuma dan langganan Google Drive 100GGB.