Close

Siri iPhone 15 akan tiba di Malaysia pada 29 September

Seiring dengan pelancaran siri iPhone 15 yang berlangsung sebentar tadi. Laman web rasmi Apple Malaysia dilihat telah mengemas kini penawaran siri iPhone 15 untuk pasaran tempatan dengan pra-tempahan bermula 22 September dan akan mula tersedia pada 29 September ini.


Siri iPhone 15 ditawarkan dalam empat pilihan varian iaitu iPhone 15, 15 Plus, 15 Pro dan 15 Pro Max. Hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi yang lebih baik, kamera yang dipertingkat dan juga fungsi yang lebih menarik.


Antara pembaharuan yang dibawakan oleh Apple pada siri iPhone 15 adalah ia kini hadir dengan pengecasan USB-C. Selain itu, iPhone 15 dan 15 Plus kini hadir dengan skrin Dynamic Island dan menyokong kecerahan puncak sehingga 2000 nits.


Dari segi prestasi, model biasa dikuasakan dengan cip A16 Bionic iaitu cip sama yang digunakan pada iPhone 14 Pro. Manakala, untuk model Pro ia dijana dengan cip A17 Pro baharu yang menjanjikan peningkatan CPU dan GPU yang lebih berkuasa. Terdapat juga peningkatan pada bahagian kamera dengan model biasa kini menggunakan kamera utama 48MP. Sementara model Pro kini menyokong 5x zum optik dan rakaman video Pro Res pada 4K60.


Harga jualan untuk iPhone 15 dan 15 Plus :

iPhone 15

  • 128GB – RM4399
  • 256GB – RM4899
  • 512GB – RM5899

iPhone 15 Plus

  • 128GB – RM4899
  • 256GB – RM5399
  • 512GB – RM6399


Harga jualan untuk iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max :

iPhone 15 Pro

  • 128GB – RM5499
  • 256GB – RM5999
  • 512GB – RM6999
  • 1TB – RM7999

iPhone 15 Pro Max

  • 256GB – RM6499
  • 512GB – RM7499
  • 1TB – RM8499

ARTIKEL BERKAITAN