Close

TikTok kini menyokong perkongsian teks seperti Threads dan Twitter

TikTok yang sebelum ini memfokuskan kepada kandungan video kini sedia untuk menawarkan fungsi baharu untuk perkongsian di aplikasi mereka. Fungsi baharu ini membolehkan pengguna berkongsi kemas kini melalui teks sahaja seperti mana Threads dan Twitter.


Fungsi ini menyokong beberapa pengubahsuaian seperti jenis font, latar belakang dan stickers. Selain itu, fungsi ini akan menyertakan muzik secara automatik dalam masa yang sama pengguna juga bebas untuk memilih lagu yang bersesuaian dengan perkongsian teks. Namun, fungsi tidak menyokong sebarang imej untuk dimuatkan dalam perkongsian tersebut.


Fungsi ini juga membolehkan pengguna menyimpan perkongsian sebagai draf atau boleh membuang seperti mana pada perkongsian foto dan video. TikTok menyatakan yang fungsi ini menawarkan elemen dinamik dan interaktif seperti mana pada perkongsian foto dan video.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN