Close

Ini 10 lokasi Tesla Supercharger di Malaysia

Selepas membuka pra-tempahan untuk SUV elektrik Model Y di Malaysia, Tesla turut berkongsi maklumat mengenai lokasi Tesla Supercharger.



Melalui perkongsian di laman web Tesla, terdapat 10 lokasi yang telah disenaraikan untuk pemasangan Supercharger di Malaysia, lokasi yang disenaraikan adalah.


  • Seberang Perai, Pulau Pinang
  • Senawang, Negeri Sembilan
  • Ipoh, Perak
  • Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • Pudu, Kuala Lumpur
  • Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur
  • Petaling Jaya, Selangor
  • Dengkil, Selangor
  • Iskandar Puteri, Johor


Namun begitu, Tesla menyatakan lokasi penempatan Supercharger berkemungkinan akan berubah dari masa ke semasa bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi dan masa.


Tesla akan membina sekurang-kurangnya 50 Supercharge di Malaysia dalam tempoh 3 tahun dan 30% daripada jumlah tersebut mesti menyokong pengecasan untuk kenderaan elektrik dari pengeluar lain. Selain menyokongan sistem pengecasan, Tesla akan turut membuka ibu pejabat dan pusat servis.

ARTIKEL BERKAITAN