Umum sedia maklum, mengenai aplikasi media sosial Threads diletakkan di bawah Instagram, yang membolehkan akaun Instagram dan Threads dihubungkan sekaligus memudahkan pengguna untuk mendaftar akaun Threads.
Dengan menghubungkan kedua-dua akaun, pengguna hanya mempunyai satu pilihan sahaja sekiranya bercadang untuk memadam akaun Threads, yang mana ia akan turut memadam akaun Instagram. Bermaksud, akaun Threads dan Instagram tidak boleh dipadam secara berasingan.
Post by @mosseriView on Threads
Menyedari mengenai masalah tersebut, Adam Mosseri, Ketua Instagram dilaporkan sedang berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut yang akan membolehkan akaun Threads dan Instagram dipadam secara berasingan. Dalam masa yang sama, menyarankan pengguna untuk menyahaktifkan akaun Threads buat sementara waktu.
Aplikasi media sosial Threads yang dilancarkan baru-baru ini telah mencipta sensasi yang kini telahpun mempunyai lebih dari 50 juta pengguna. Menawarkan antara muka seperti Instagram dan hadir dengan fungsi mirip seperti Twitter.