![]() |
Sumber : Busines Today |
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai untuk tidak memasang atau memuat turun aplikasi sosial “Pink WhatsApp”. Aplikasi tersebut dikatakan hadir dengan pelbagai fungsi tambahan serta menawarkan ciri keselamatan dan privasi yang lebih baik berbanding aplikasi WhatsApp biasa.
PEMBERITAHUAN
MCMC GESA ORANG RAMAI UNTUK TIDAK MUAT TURUN APLIKASI HASAD
“PINK WHATSAPP”#MCMC pic.twitter.com/JrIxuwfQlR— MCMC (@MCMC_RASMI) June 27, 2023
Walaubagaimanapun, selepas memasang aplikasi hasad tersebut pada peranti, aplikasi tersebut boleh mengakses pelbagai maklumat dan data pengguna sekaligus mendedahkan kepada risiko keselamatan yang lebih serius.
Pengguna turut diminta berwaspada dengan sebarang pautan atau jemputan yang mencurigakan dari rakan atau pihak tidak dikenali yang menjerumus kepada pemasangan atau muat turun aplikasi hasad tersebut. Dalam pada itu, SKMM turut mengingatkan orang ramai untuk hanya memasang aplikasi melalui gedung rasmi sahaja seperti Huawei AppGallery, Google Play Store dan Apple App Store.