Close

realme menjadualkan acara pelancaran global realme GT3 pada 28 Februari ini


realme telahpun menjadualkan acara pelancaran global untuk realme GT3 yang akan berlangsung pada 28 Februari di MWC. Yang mana, peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China dengan penjenamaan realme GT Neo5.



Sekiranya ia adalah peranti yang sama, realme GT3 dijangka akan hadir dengan skrin OLED 6.74-inci resolusi 2772x1240px yang turut menyokong paparan 144Hz dan 2160Hz PWM dimming. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 3.1.



Hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50 MP + 8 MP ultra lebar + 2 MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16 MP. Terdapat beberapa ciri menarik seperti panel belakang lutsinar dan mempunyai lampu RGB yang terletak di sebelah modul kamera. 


Di China, realme GT Neo5 ditawarkan dalam dua varian yang dibezakan dengan kapasiti bateri dan juga teknologi pengecasan. Yang mana, untuk bateri 4600mAh didatangkan dengan pengecasan pantas 240W dan bateri 5000mAh didatangkan dengan pengecasan pantas 150W. Tidak dapat dipastikan adakah pasaran global akan turut ditawarkan dalam dua varian atau sebaliknya.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN