Close

Kerajaan bercadang untuk bawa masuk kereta elektrik dengan harga yang lebih mampu milik

Kerajaan dilaporkan bercadang untuk membawa masuk kereta elektrik yang lebih mampu milik yang bernilai kurang dari RM100,000 ke pasaran tempatan.

Langkah ini juga dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan dalam mengembangkan industri kereta elektrik sekaligus membawa ke arah negara rendah karbon. Selain itu, ia juga dapat memberi manfaat kepada rakyat untuk memiliki kenderaan elektrik yang lebih mampu milik.
Salah satu alternatif kerajaan dalam membawakan kereta elektrik yang lebih mampu milik adalah dengan melakukan pemasangan di Malaysia dan juga kerjasama dengan syarikat automotif.
Bercakap mengenainya, Proton antara yang terawal akan membawa masuk kereta elektrik dalam masa terdekat. Kerajaan juga dikatakan sedang meneliti mengenai insentif yang akan diberikan kepada rakyat untuk pembelian kereta elektrik.

ARTIKEL BERKAITAN