Close

Tiada varian “Pro” untuk OnePlus 11

Sumber : OnLeaks

Desas-desus mengenai OnePlus 11 Pro sedang hangat diperkatakan dan dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2023. Terkini, terdapat laporan mengatakan yang OnePlus mungkin tidak akan melancarkan varian “Pro” pada OnePlus 11.


Menurut dari dua laporan berasingan, OnePlus dikatakan tidak merancang untuk melancarkan OnePlus 11 Pro, sebaliknya hanya melancarkan satu model sahaja iaitu OnePlus 11 dan model tersebut adalah peranti andalan mereka. 


Sekiranya laporan tersebut adalah tepat, OnePlus mungkin sedang mengkaji untuk memperkemaskan siri andalan mereka secara keseluruhan. Perkara ini juga dilihat sedikit bertentangan dengan apa yang dilakukan OnePlus sebelum ini, sentiasa menawarkan lebih dari satu varian pada model yang sama.


Dengan hanya menawarkan satu varian sahaja, OnePlus 11 dijangka akan membawakan spesifikasi premium, cip Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 16GB, storan dalaman sehingga 256GB, bateri 5000mAh dan SuperVOOC 100W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN