![]() |
POCO menjadi peranti pertama yang akan menggunakan cip pemproses 732G pada model POCO X3. Ia merupakan versi peningkatan dari cip pemproses 730G dan merupakan cip pemproses kelas pertengahan yang menfokuskan kepada permainan.
![]() |
POCO X3 bakal hadir dengan skrin LCD 6.67 inci dan menyokong paparan 120Hz, bateri 5160mAh, kamera utama 64MP dan menggunakan cip pemproses 732G. Untuk pengecasan pantas POCO X3 menyokong pengecasan pantas 33W. Untuk storan masih tiada sebarang maklumat namun kapisiti RAM akan hadir dengan 6GB seperti yang telah bocor di GeekBench.
POCO X3 bakal dilancarkan secara rasmi pada 7 September secara atas talian. POCO X3 merupakan peranti sebenar dari POCO tanpa sebarang identiti Xiaomi.