Close

Lenovo Legion Phone Duel 2 kini rasmi untuk pasaran Malaysia dengan harga mencecah RM3,899


Lenovo Legion Phone Duel 2
akhirnya tiba secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Yang mana Lenovo Legion Phone Duel 2 telah pun diperkenalkan pada Mac yang lalu.

Legion Duel 2 hadir dengan layar 6.92 inci FHD + AMOLED paparan 144Hz dan menyokong kandungan HDR10 +. Sebagai tambahan, layar Legion Duel 2 turut menyokong kecerahan sehingga 1.300 unit.

Spesifikasi dalaman, Legion Duel 2 dikuasakan dengan cip Snapdragon 888, digabungkan dengan pilihan RAM 12GB atau 16GB dengan storan dalaman 256GB.

Untuk bateri ia hadir dengan kapasiti 5,500mAh dengan teknologi dwi bateri dengan 2750mAh setiap satu. Dari segi pengecasan pantas, Legion Duel 2 menyokong dwi-pengecasan pantas 90W. Jika mengecas dengan satu port saja ia hanya menyokong pengecasan pantas 65W sahaja.

Dari segi kamera, Legion Duel 2 hadir dengan tetapan dual kamera belakang dengan kamera utama adalah 64MP dan 16MP kamera ultra lebar, yang dibahagi tengah. Untuk kamera swafoto ia hadir dengan 44MP jenis pop up ditengah bersama butang kuasa.

Yang menarik dalam Legion Duel 2 ini adalah hadir dengan dua trigger ultrasonik pada bahagian sisi, dua force touchpoints pada paparan dan dua capacitive keys di bahagian belakang peranti.

Tidak cukup dengan itu, ia juga hadir dengan dua kipas fizikal terbina untuk sistem penyejukan yang lebih baik dengan 30% peningkatan dari model sebelumnya. Bagi peranti peranti ini lebih banyak permainan jangka panjang RGB turut sama pada logo Legion dan kipas fizikal.

Bagi pasaran Malaysia ia hadir dalam dua varian iaitu RM3,299 untuk 12GB+256GB dan RM3,899 untuk 16GB+256GB. Boleh didapati melalui kedai atas talian atau wakil pengedar sah lenovo bermula 28 Jun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN