Close

Google secara tidak sengaja membocorkan nama generasi Pixel yang seterusnya

Gambar: @OnLeaks.

Kemunculan Google Pixel yang seterusnya pada kali ini sangat dinantikan, mana tidaknya buat pertama kali Google akan mempertaruhkan cip pemprosesan mereka sendiri yang dikenali sebagai Whitechapel.

Bagi yang mengikuti perkembangan mengenai Pixel, sedia maklum yang Pixel 6 dan Pixel 6 Pro akan hadir dengan perubahan yang ketara dari segi reka bentuk dan tampak lebih premium  berbanding generasi sebelumnya.

Melalui maklumat terkini dari satu borang atas talian yang diberi pada pembangun, Google secara tidak sengaja mengesahkan nama peranti baru mereka adalah Pixel 6 dan Pixel 6 XL, bukannya Pixel 6 dan Pixel 6 Pro seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Google dijangka akan melancarkan siri Pixel 6 pada bulan Oktober seperti mana pelancaran model Pixel sebelum ini yang turut dilancarkan pada bulan Oktober.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN