Close

POCO X3 GT hadir di Malaysia dengan cip MediaTek Dimensity 1100 (5G) dan 10GB RAM pada harga RM 1,199

POCO secara rasminya melancarkan satu lagi peranti mereka iaitu POCO X3 GT untuk pasaran Malaysia. Secara asasnya POCO X3 GT adalah Redmi Note 10 Pro 5G di pasaran China dan dijenamakan semula untuk pasaran Global.

Merujuk kepada spesifikasi, POCO X3 GT membawakan skrin bersaiz 6.6 inci IPS LCD FHD+ bersama paparan 120Hz, input sentuh 240Hz dan menyokong HDR10.Menggunakan pelindung skrin Gorilla Glass Victus dengan kamera hadapan 16MP. Untuk kamera belakang ia hadir dengan tetapan tri-kamera, 64MP untuk kamera utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro.

POCO X3 GT dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 1100 dan digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W. Menjalankan MIUI 12.5 for POCO yang turut menyokong penambahan 2GB RAM secara maya untuk menjadikan jumlah RAM keseluruhan 10GB. 


Ciri tambahan yang hadir adalah seperti pengimbas cap jari, IR Blaster, pembesar suara Dolby Atmos, sokongan 5G, WiFi 6, dan sokongan Hi-Res dan Hi-Res tanpa wayar.

Hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Stargaze Black, Wave Blue dan Cloud White. Harga jualan rasmi untuk pasaran Malaysia adalah RM1,299 untuk 8GB+128GB dan RM1,599 untuk 8GB+256GB.

Sempena hari pelancaran pada 3 dan 4 Ogos, POCO X3 GT akan dijual pada harga RM1,199 dan RM1,399. Setiap pembelian terawal akan menerima hadiah percuma bernilai RM169, namun ia hanya tertakluk kepada pembelian varian 256GB sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN