Close

realme Flash peranti Android pertama hadir dengan Magnetic Wireless Charger

Sebelum ini telah tertiris maklumat mengenai realme bakal memperkenalkan alternatif kepada MagSafe yang diberi nama realme MagDart. Fungsi Magnetik ini telah dimulakan oleh Apple pada siri iPhone 12.

Seiring dengan pengenalan realme MagDart, realme dijangka akan mengumumkan peranti yang hadir dengan sokongan magnetik seumpama siri iPhone 12.  Dengan pengumuman itu, realme Flash akan menjadi peranti Android pertama yang hadir dengan pengecasan tanpa wayar Magnetik.

Dari imej awal yang dikongsi oleh realme, memperlihatkan reka bentuk belakang realme Flash yang berbentuk seperti cincin yang sama pada siri iPhone 12. Ia membolehkan peranti berhubung dengan aksesori yang menyokong fungsi Magnetik.

Tidak seperti MagSafe pada iPhone 12. realme Flash dikatakan akan menyokong pengecasan pantas tanpa wayar Magnetik. Menurut laporan ia mungkin membawakan pengecasan pantas melebihi 50W. Selain itu, MagDart juga dikatakan lebih nipis dan ringan serta mempunyai pelepasan haba yang baik.

realme Flash juga akan menyokong aksesori magnetik lain seperti magnetik cardholders, magnetik radiators dan lain-lain. realme Flash dijangka akan membawakan cip Snapdragon 888, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN