Selepas kita disajikan dengan pelbagai maklumat mengenai Mi Mix 4, Xiaomi hari ini telah pun mengumumkan Mi Mix 4 secara rasmi di China.
Pada Mi Mix 4, Xiaomi telah meletakkan spesifikasi yang terbaik di pasaran ketika ini. Dilengkapi dengan skrin melengkung bersaiz 6.67 inci AMOLED FHD+ dengan paparan 120Hz bersama kamera hadapan dibawah skrin 20MP. Ia merupakan telefon pertama dari Xiaomi yang hadir dengan kamera hadapan dibawah skrin.
Dari segi dalaman, Mi Mix 4 dikuasakan dengan Snapdragon 888+, dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4500mAh diletakkan bersama pengecasan pantas bewayar 120W dan 50W tanpa wayar. Satu pengecasan penuh berwayar mengambil masa 21 minit dan tanpa wayar 45 minit dalam mod normal, dan apabila mod boost dihidupkan ia akan mengecas lebih pantas iaitu 15 minit dan 28 minit.
Untuk fotografi, Mi Mix 4 hadir dengan sensor utama ISOCELL HMX 108MP dengan OIS, digabungkan dengan kamera periskop 8MP OIS bersama zoom optik 5x dan melengkapkan tetapan tri-kamera adalah 13MP ultra lebar dengan 1% distortion.
Ciri utama lain yang dbawakan oleh Mi Mix 4 adalah pelindung skrin Gorilla Glass Victus, pembesar suara stereo dari Harman Kardon, Hi-Res Audio, IR Blaster dan tidak ketinggalan sokongan Ultra WideBand (UWB) untuk memudahkan kawalan peranti pintar.
Harga jualan Mi Mix 4 di pasaran China adalah bermula dari CNY 4,999 (RM3,261) untuk model asas dan CNY 6,299 (RM4,565) untuk model tertinggi iaitu 12GB+512GB. Jualan pertama di China dijadualkan pada 16 Ogos sementara untuk pasaran Global masih belum diumumkan.