Inovasi pengecasan tanpa wayar kini semakin berkembang. Pada satu ketika dahulu, pengecasan tanpa wayar diperkenalkan ia hanya menyokong 10W atau 15W. Namun pada hari ini pengecasan pantas tanpa wayar kini menyokong sehingga 120W atau lebih. Ia juga kini semakin mendapat tempat sebagai aksesories yang wajar ada.
Oleh yang demikian, Xioami secara rasminya mengumumkan pengecasan tanpa wayar 100W. Secara asasnya ia masih lagi menggunakan teknologi pengecasan Qi Standard dan menggunakan sokongan dual-coil yang membolehkan peranti diletakkan secara menegak atau melintang semasa mengecas.
Pengecasan tanpa wayar dari Xiaomi ini turut dilengkapi dengan kipas dinamik yang akan aktif apabila ia diperlukan. Bagi faktor keselamatan, ia turut hadir dengan fungsi seperti lapisan perlindungan penentukuran arus tambahan, perlindungan arus lebihan, perlindungan voltan berlebihan, suhu berlebihan, perlindungan elektrostatik dan pengesanan objek asing.
Pengecasan tanpa wayar 100W sudah mula dijual di China pada tanda harga sekitar CNY 599 (RM392). Belum ada sebarang maklumat mengenai bila ia akan tersedia untuk pasaran Global.