Close

realme GT Neo 2 hadir dengan Snapdragon 870 dan paparan 120Hz dengan harga bermula RM1,549

realme hari ini mengumumkan realme GT Neo 2 di satu acara pelancaran di China. realme GT NEO 2 adalah kemaskini kepada model sebelum ini iaitu realme GT NEO yang dilancarkan pada Mac yang lalu.

Dari segi spesifikasi, realme GT NEO 2 hadir dengan panel AMOLED 6.6″ FHD+ dengan paparan 120Hz. Menggunakan Snapdragon 870 yang digabungkan dengan konfigurasi RAM 6/8/12 dan storan 128/256 UFS 3.1. Untuk kapasiti bateri realme GT NEO 2 dilengkapi dengan 5000mAh bersama  pengecasan pantas 65W yang mampu mengecas 0% hingga 100% hanya dalam 36 minit sahaja.

Untuk sistem kamera, realme GT NEO 2 membawakan tetapan tri-kamera dengan gabungan 64MP+8MP+2MP. Tidak ketinggalan kamera hadapan bersaiz 16MP jenis Punch Hole. realme turut membawakan sistem penyejuk baru lebih inovatif dengan zarah berlian sebenar dan terdapatnya vapor chamber aeroangkasa dan ruang penyejukkan wap.

Dengan sistem penyejukan itu, ia mampu menurunkan suhu sehingga 18 darjah Celcius sekaligus dapat meningkatkan pretasi keseluruhan sehingga 20% lebih baik berbanding model sebelumnya. Ciri lain yang hadir bersama realme GT NEO 2 adalah seperti pembesar suara stereo, tactile engine 2.0 dan menjalankan realme UI 2.0 berasaskan Android 11.

realme GT Neo2 tersedia dalam tiga warna iaitu Black Mint, Blue gradient dan Plain Black dengan harga bermula dari RM1,549 (CNY2,399 ) sehingga RM1,947 (CNY2,999). Buat masa ini realme GT NEO 2 ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja. realme turut merancang memasuki pasaran Global, namun tiada sebarang tarikh diumumkan bila ia akan ditawarkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN