Close

Harga jualan Sony PlayStation 5 di Malaysia naik RM200


Sony hari ini mengumumkan harga jualan baharu bagi konsol PlayStation 5 untuk beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

Berikutan dari itu, harga baharu yang diumumkan oleh Sony untuk pasaran Malaysia adalah RM2,499 untuk PlayStation 5 versi Ultra HD Blu-ray. Manakala RM2,069 untuk PlayStation 5 Edisi Digital.


Dengan penawaran harga baharu itu, memperlihatkan kenaikkan harga sehingga RM200 berbanding sebelum ini. Yang mana harga jualan sebelum ini adalah RM2,299 untuk PlayStation 5 versi Ultra HD Blu-ray dan RM1,869 untuk PlayStation 5 Edisi Digital.

Alasan utama Sony menaikkan harga jualan PlayStation 5 adalah di sebabkan kadar inflasi yang semakin tinggi dan juga aliran mata wang yang semakin teruk.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN