Close

Apple Watch Pro dijangka turut dilancarkan pada 7 September ini

Apple telah menjadualkan acara pelancaran iPhone 14 pada 7 September ini. Selain dari iPhone 14, Apple dijangka akan turut mengumumkan Apple Watch Pro pada acara tersebut.

Apple Watch Pro dijangka membawakan rekaan baharu yang lebih premium dengan skrin yang lebih besar. Seterusnya, ia mungkin hadir dengan rekaan skrin dan bingkai jenis rata yang mengikut rekaan siri iPhone semasa.

Selain itu, Apple Watch Pro juga dijangka hadir dengan saiz 47mm dengan skrin yang lebih besar iaitu 1.99-inci. Sebagai perbandingan, saiz skrin pada model sebelumnya adalah sekitar 1.77-inci.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat mengenai Apple Watch Pro didedahkan. Kami menjangkakan akan lebih maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN