Berikutan dari itu, antara perubahan yang dilakukan adalah had minima umur untuk melakukan Live di naikkan kepada 18 tahun ke atas yang mana sebelum ini adalah 16 tahun. Had umur minima ini akan mula berkuatkuasa bermula 23 November ini.
Had umur minima ini juga turut dikenakan kepada beberapa fungsi lain seperti pemberian hadiah yang boleh diterima oleh pengguna 18 tahun ke atas, direct message yang hanya boleh digunakan untuk pengguna 16 tahun ke atas dan hos kini boleh menghalang penonton di bawah 18 tahun dari mengikuti Live dan saluran mereka.
Selain itu, fungsi Multi-Guest kini boleh di sertai sehingga lima orang pengguna secara serentak menjadikan jumlah keseluruhannya adalah enam orang termasuk hos. Hos juga kini boleh menentukan layout live secara panel atau grid.