Mercedes-Benz Malaysia memberikan bayangan awal, yang mana mereka bakal membawakan model EV EQE untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Maklumat tersebut disahkan melalui perkongsian Facebook rasmi Mercedes-Benz Malaysia. Perkongsian itu memperlihatkan imej belakang model tersebut dengan ayat “Awaken your sense”.
Model EQE 350+ merupakan sebuah kereta EV dari segmen E-Class, tetapi ditawarkan dengan harga yang lebih murah berbanding model EQS.
Dari segi harga jualan, Model EQE 350+ mungkin akan dijual pada harga sekitar RM400K sehingga 450K. Buat masa ini, Mercedes-Benz Malaysia belum lagi memberikan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya.