Close

Sistem Janji Temu untuk fasiliti kesihatan kini boleh dibuat melalui MySejahtera

Sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan yang aplikasi MySejahtera akan digunakan sebagai medium baharu untuk Sistem Janji Temu di semua fasiliti kesihatan primer seluruh negara.


Pengenalan sistem baharu ini dilihat dapat mempertingkatkan lagi kecekapan perkhidmatan dalam masa yang dapat mengatasi masalah waktu menunggu yang terlalu lama. Selain itu, ia juga dapat membantu pesakit untuk menghadiri janji temu mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan ini telah dimulakan di 673 klinik kesihatan secara berfasa, meliputi saringan NHSI, PeKa B40, KBM dan akan diperluaskan kepada perkhidmatan lain secara berperingkat.

Melalui sistem ini juga, penguna boleh mengubah tarikh janji temu melalui aplikasi MySejahtera tanpa perlu membuat panggilan ke fasiliti kesihatan.

Menurut KKM, sistem janji temu aplikasi MySejahtera bagi tahun 2023 telahpun dimulakan dan tempahan boleh dilakukan bermula hari ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN