BMW Motorrad Malaysia mengumumkan yang Skuter Eletrik BWM CE 04 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Yang mana, Skuter Eletrik ini juga telahpun ditawarkan di Thailand sebelum ini.
BMW CE 04 menggunakan motor elektrik 31kW (42 hp) dan tork maksimum 62Nm. Dimuatkan dengan bateri lithium ion 8.9 kWh yang mampu berjalan sehingga 130 km dengan satu isian penuh. Kelajuan maksimum sekitar 130km/j dan mampu memecut dari 0 hingga 50km/j hanya dalam 2.6 saat.
Selain itu, terdapat tiga mod tunggangan yang berbeza pada BWM CE 04 iaitu Eco, Rain dan juga Road. Yang mana, mod ini membolehkan penunggang menyesuaikan tunggangan dengan keadaan sekeliling.
Dari segi pengecasan, BWM CE 04 ini boleh dicas menggunakan soket rumah atau wallbox dengan kuasa 2.3kW yang mengambil masa sekitar 4 jam 20 minit untuk satu isian penuh. Ia turut menyokong pengecasan 6.9kW yang mengambil masa 45 minit dari 20% ke 80%.
Skuter Elektrik BWM CE 04 bakal ditawarkan di Malaysia bermula Mac ini, dengan anggaran harga jualan sekitar RM60K.