Close

Apple bakal menggunakan cip Bluetooh dan WiFi buatan sendiri menjelang 2025

Apple ketika ini sedang dalam proses untuk mengurangkan kebergantungan kepada pengeluar lain. Sehubungan dengan itu, Apple dilaporkan akan mula menggantikan cip Bluetooh dan WiFi dari Broadcomm dengan cip buatan sendiri tidak lama lagi.

Merujuk laporan Bloomberg, Apple dijangka akan mula menggunakan cip Bluetooth dan WiFi mereka sepenuhnya menjelang 2025. Selain dari menggurangkan kebergantungan kepada pengeluar lain, ia juga dapat mengurangkan kos komponen sekaligus dapat meningkatkan lagi keuntungan.

Apple sebelum ini, telahpun merancang untuk mula menggunakan cip 5G buatan sendiri menjelang 2024, namun terdapat beberapa halangan menjadikan ia ditangguh ke 2025. Selain itu, Apple juga dikatakan sedang membangunkan cip yang menggabungkan fungsi modem selular, WiFi dan Bluetooth menjadi satu komponen.

Menjelang 2026, kita mungkin akan melihat Apple akan hadir dengan cip dalaman buatan sendiri sepenuhnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN