Red Magic 8 Pro kini ditawarkan untuk pasaran global selepas dilancarkan lebih awal di China. Hadir dengan spesifikasi dan reka bentuk yang sama tetapi dibezakan dengan teknologi pengecasan yang sedikit perlahan iaitu 65W berbanding versi China iaitu 80W.
Untuk spesifikasi, siri Red Magic 8 Pro dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.8-inci FHD+ bersama paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Kapasiti bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas berwayar 65W.
Dari segi rekaan, siri Red Magic 8 Pro tampil dengan rekaan yang lebih menarik dengan menggunakan bingkai jenis rata dan bingai skrin yang lebih nipis. Selain itu, ia turut tampil dengan dua jenis kemasan iaitu kesat (matte) dan juga lutsinar (tranparents).
Untuk fotografi, ia tampil dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Samsung ISOCELL GN2 + 8MP ultra sudut lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan 16MP yang terletakkan di bawah skrin.
Spesifikasi lain yang ditawarkan pada siri Red Magic 8 Pro adalah seperti bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo, sistem penyejukan ICE 11.0 dan menjalankan RedMagic OS 6 berasaskan Android 13.
Untuk harga jualan, Red Magic 8 Pro dijual pada harga $650 (RM2811) untuk 12GB + 256GB dan $800 (RM3461) untuk 16GB+512GB. Peranti ini dijangka akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Namun tiada sebarang tarikh yang didedahkan mengenai pelancarnnya di Malaysia.