Close

OnePlus Pad dilancarkan – Dimensity 9000, bateri 9510mAh dan pengecasan 67W

OnePlus akhirnya melancarkan tablet pertama mereka iaitu OnePlus Pad. Menawarkan spesifikasi terkini dan reka bentuk yang menarik.

OnePlus Pad dilengkapi dengan skrin bersaiz 11.6-inci LCD resolusi 2800x2000px dengan paparan 144Hz. Turut menyokong Dolby Atmos, Dolby Vision dan kecerahan puncak sehingga 500nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9000 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Untuk fotografi, OnePlus Pad hadir dengan kamera belakang tunggal dengan sensor utama 13 MP dan 8 MP untuk kamera swafoto. Dimuatkan dengan bateri 9510mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 67W.

OnePlus Pad turut menyokong beberapa ciri lain seperti sokongan sambungan magnetk untuk akesori, OnePlus Stylo untuk menulis dan melukis. Turut hadir dengan keupayaan seamless connection antara telefon OnePlus dan OnePlus Pad.

Tablet ini hanya ditawarkan dalam varian WiFi sahaja dan tiada sokongan kad SIM. Untuk harga jualan, buat masa ini tidak didedahkan.

ARTIKEL BERKAITAN