Close

Rekaan Perodua Axia 2023 diperlihatkan untuk pertama kali

Sumber : Paultan.Org

Perodua sebelum ini telahpun membuka pra-tempahan untuk Perodua Axia 2023. Hari ini, Perodua secara rasmi telah memperlihatkan rekaan Perodua Axia 2023 untuk pertama kali.

Sumber : Paultan.Org

Perodua Axia 2023 dilihat membawakan rekaan yang lebih sporty dengan rekaan dalaman yang lebih kemas dan menarik. Selain itu, ia juga didatangkan dengan teknologi yang lebih baharu seumpama teknologi yang digunakan pada Alza 2022.

Sumber : Paultan.Org

Menjadikan Perodua Axia 2023 lebih menarik adalah ia dibina dengan platform baharu iaitu Daihatsu New Global Architecture (DGNA). Dikuasakan dengan enjin 1.0 liter 1KR-VE 3-silinder VVT-i dengan kuasa mencapai 67hp dengan tork 91Nm. Malangnya, tiada versi Turbo untuk Perodua Axia 2023 seperti mana yang di laporan sebelum ini.


Sumber : Paultan.Org
Perubahan paling ketara pada Perodua Axia 2023 adalah pada kotak gear yang mana ia kini menggunakan kotak gear D-CVT menggantikan transmisi tork 4-kelajuan.

Sumber : Paultan.Org
Ciri lain yang turut hadir pada Perodua Axia 2023 adalah seperti Perodua Smart Drive Assist, lampu depan LED dan lampu nyala siang, Keyless Entry, mod pemanduan dan enam beg udara.
Sumber : Paultan.Org
Perodua telahpun menjadualkan acara pelancaran Axia 2023 iaitu pada 14 Februari ini. Akan ditawarkan dalam empat varian iaitu G, X, SE dan AV.  Harga jualan adalah bermula dari RM38,600 sehingga 49,500.

ARTIKEL BERKAITAN