Close

realme C55 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM699


realme kini sedia untuk menawarkan peranti kelas pertengahan baharu mereka iaitu realme C55 untuk pasaran tempatan. Peranti ini menawarkan peningkatan dari segi spesifikasi, kamera dan juga fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Mini Capsule.


Perkara menarik mengenai peranti ini adalah, ia hadir dengan fungsi seperti Dynamic Island yang dipanggil sebagai Mini Capsule. Fungsi ini membolehkan ia memaparkan pelbagai informasi seperti notifikasi, status bateri, pengecasan, jarak berjalan kaki dan sebagainya.


Dari segi spesifikasi, realme C55 dilengakapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G88 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.


Untuk fotografi, ia membawakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 2MP kedalaman. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Peranti ini dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari, NFC dan menjalankan realme ui 4.0 dan sebagainya.


Di Malaysia, realme C55 dijual pada harga RM699 untuk 6GB + 128GB dan RM799 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam dua plilihan warna Sunshower dan Rainy Night. Bagi yang berminat, pra-tempahan bermula dari 28 sehingga 30 Mac. Setiap pra-tempahan akan menerima jaminan tambahan 6 bulan dan juga realme Buds 2 Neo. Manakala, untuk jualan pertama ia akan bermula pada 31 Mac 2023.

ARTIKEL BERKAITAN