Close

Pembayaran melalui kod QR kini menyokong rentas Malaysia dan Singapura

Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan yang DuitNow (Malaysia) dan NETS QR (Singapura) telah dihubungkan, sekaligus membolehkan pembayaran kod QR boleh dilakukan secara rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.

Ini bermaksud, warga singapura kini boleh membayar DuitNow QR melalui imbasan NETS QR dan rakyat Malayisa boleh membayar imbasan NETS QR melalui DuitNow QR. 

Proses perhubungan ini melibatkan beberapa pemain industri utama dari kedua-dua negara seperti Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), Rangkaian untuk Pemindahan Elektronik (Singapore) Pte. Ltd (NETS), Persatuan Bank-Bank di Singapura, dan juga institusi kewangan yang mengambil bahagian dari kedua-dua negara.

Dengan kejayaan ini, BNM dan MAS merancang untuk memperluaskan lagi cara pembayaran yang membolehkan pemindahan dana dan kiriman wang dilakukan dari akaun ke akaun secara rentas sempadan dengan hanya menggunakan nombor telefon penerima melalui DuitNow dan PayNow. Perkhidmatan ini dijangka akan dilancarkan menjelang akhir 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN