Close

Huawei MatePad 11 2023 dan Watch GT Cyber akan dilancarkan di Malaysia pada 6 April ini

Huwei relah menjadualkan acara pelancaran untuk dua peranti baharu mereka untuk pasaran tempatan pada 6 April ini melalui model Huawei MatePad 11 2023 dan Huawei Watch Cyber GT. Kedua-dua peranti ini hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik.

Huawei MatePad 11 2023 telahpun dilancarkan lebih awal di China, sekiranya spesifikasi sama yang dibawakan tablet ini akan hadir dengan cip Snapdragon 870, 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 7250mAh. Menggunakan skrin IPS LCD bersaiz 11-inci yang turut menyokong paparan 120Hz.

Manakala untuk jam tangan pintar Huawei Watch Cyber GT, ia telahpun diperlihatkan lebih awal pada acara MWC yang berlangsung pada bulan lalu. Tidak seperti jam tangan pintar biasa yang hanya boleh menukar tali sahaja. Huawei melalui Watch GT Cyber membolehkan pengguna untuk menukar keseluruhan bahagian luar jam tangan pintar. Ia membawa maksud, pengguna boleh menukar bingkai, tali, kerangka serta menambah extra personalisation.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai ketersediaan dan juga penawaran harga untuk kedua-dua peranti. Maklumat lebih lanjut mengenainya akan dikongsi sewaktu pelancarannya yang akan berlangsung pada 6 April ini.

ARTIKEL BERKAITAN