Close

SKMM arah telco untuk halang pautan URL pada SMS

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk menghalang sebarang pautan URL untuk dihantar melalui SMS.

Arahan tersebut dikeluarkan adalah untuk mengatasi masalah penipuan secara atas-talian yang dibuat dengan menghantar pautan URL kepada pengguna, sekaligus dapat menghindari pengguna daripada tersalah tekan pautan URL yang menjurus kepada penipuan.

Menurut Timbalan Menteri Teo Nie Ching, kebanyakkan penipuan secara atas-talian berpunca dari menekan pautan ULR secara tidak sengaja, kemudian memberi maklumat peribadi yang akhirnya menjadi mangsa kepada kegiatan tersebut.

Walaubagaimanapun, arahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat. Kerajaan berharap syarikat yang terlibat dapat melaksanakan arahan tersebut dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN