Google buat masa ini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai pelancaran siri Google Pixel 8. Tarikh paling hampir untuk melihat peranti tersebut dilancarkan adalah pada Mei ini di acara Google I/O.
Pixel 8 Pro may also use Samsung GN2 1/1.12 “
— Ice universe (@UniverseIce) April 23, 2023
Terkini, terdapat laporan mendedahkan yang Google Pixel 8 Pro mungkin hadir dengan perubahan yang lebih ketara pada sensor kamera dan dikatakan lebih berkuasa berbanding Google Pixel 7 Pro.
Menurut laporan tersebut, Google Pixel 8 Pro akan menggunakan sensor kamera 50MP ISOCELL GN2 dari Samsung yang bersaiz 1/1.12 inci dengan saiz piksel 2.8µm. Pengguna sensor baharu ini akan menjadi peningkatan terbesar pada Google Pixel 8 Pro. Sebelum ini, Google Pixel 7 Pro turut menggunakan kamera 50MP tetapi menggunakan sensor 1/1.3 inci.
Walaubagaimanapun, tiada maklumat lengkap yang didedahkan mengenai tetapan kamera yang akan digunakan pada Google Pixel 8 Pro. Peningkatan kamera ini diihat seiring dengan penggunaan sensor kamera 1-inci yang sedang digunakan pada kebanyakan telefon premium pada ketika ini.