Close

YouTube akan tamatkan fungsi Stories pada Jun ini

Fungsi YouTube Stories yang mula diperkenalkan pada 2017 akhirnya akan ditamatkan oleh YouTube bermula Jun ini. Bermakna fungsi ini tidak lagi akan tersedia selepas ini.

Fungsi YouTube Stories ini membolehkan pengguna berkongsi video berdurasi 30 saat dan akan dipadam selepas 7 hari. Yang mana, permulaan fungsi ini diperkenalkan adalah seiring dengan fungsi yang sama ditawarkan oleh aplikasi sosial lain.

Berikutan dari penamatan YouTube Stories, YouTube menawarkan beberapa fungsi alternatif lain yang boleh digunakan oleh pengguna seperti YouTube Communities dan YouTube Shorts.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN