Close

Influencer dedahkan hanya bayar RM180 untuk papan iklan di New York

Percaya atau tidak, dengan hanya bermodalkan RM180 anda berpeluang untuk mengiklankan produk atau muncul di papan iklan bandar New York City di Amerika Syarikat. Itulah yang dilakukan oleh influencer @ivor_xianz.

Melalui perkongsian @ivor_xianz di Instagram, mendedahkan bagaimana beliau berjaya mengiklankan produk di papan iklan bandar New York City selama 15 saat dengan kos RM180. Menurut beliau, terdapat syarikat pengiklanan yang menyediakan slot iklan selama 15 saat dan ia dibuka untuk sesiapa sahaja dengan kos $40 (RM180). 

Selain harganya yang murah, proses untuk pengiklanan juga adalah sangat mudah, hanya muat turun aplikasi TSX pada telefon pintar kemudian tempah slot untuk iklan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara perlu dipatuhi untuk membolehkan iklan anda muncul seperti tidak boleh meletakkan pautan pada iklan.

Selepas selesai semua proses untuk pengiklanan, @ivor_xianz menanti iklan beliau muncul dan merakam detik tersebut. Menurut beliau, ia adalah $40 (RM180) terbaik yang pernah dibelanjakan olehnya.

ARTIKEL BERKAITAN