Close

iPhone 16 Pro dilaporkan hadir dengan skrin yang lebih besar

Sumber : 9To5Mac

Apple dijangka akan menggunakan skrin yang lebih besar pada iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max. Yang mana, berdasarkan laporan tersebut iPhone 16 Pro akan menggunakan skrin 6.3-inci dan iPhone 16 Pro Max pula akan menggunakan skrin 6.9-inci.

Laporan seperti ini bukanlah pertama kali tertiris. Tiga pakar tiris terkenal iaitu Ross Young, Ming-Chi Kuo dan Mark Gurman turut menyatakan perkara yang sama mengenai saiz skrin yang akan digunakan pada iPhone 16 Pro. Ia sekaligus memberikan bayangan yang perkara tersebut mungkin akan terjadi.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah model standard akan turut hadir dengan skrin yang lebih besar atau sebaliknya. Pada model semasa iaitu iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro ia hadir dengan skrin bersaiz 6.1-inci dan 6.7-inci. 


Sebelum ini, terdapat beberapa imej awal mendedahkan rekaan iPhone 15 Pro yang memperlihatkan ia hadir dengan skrin yang lebih besar bersama bezel yang lebih nipis. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN