Close

Sony umumkan Project Q – Konsol mudah-alih yang boleh strim permainan PS5

Sony secara rasmi mengumumkan konsol mudah-alih mereka yang dipanggil sebagai Project Q. Tidak seperti konsol mudah-alih yang lain, Project Q ini dicipta khusus untuk membolehkan pengguna bermain permainan PS5 melalui sambungan Wi-Fi atau aplikasi Remote Play.

Project Q akan hadir dengan skrin LCD bersaiz 8-inci yang menyokong resolusi permainan pada 1080p 60fps. Dari segi kawalan. ia menawarkan keupayaan dan rekaan yang sama seperti DualSense PS5 dengan penambahan skrin di tengah. Konsol mudah-alih ini secara kasarnya adalah aksesori tambahan dan hanya berguna sekiranya mempunyai PS5.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh Sony mengenai Project Q. Sony menyatakan akan terdapat perubahan dari segi reka bentuk dan spesifikasi pada versi akhir konsol ini. Project Q ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini dan akan bersaing dengan konsol mudah-alih lain seperti ROG Ally dan Steam Deck.

ARTIKEL BERKAITAN