Vivo Malaysia hari ini berkongsi tarikh pelancaran peranti mereka seterusnya yang akan berlangsung pada 13 Jun ini. Peranti yang akan dilancarkan adalah dari siri Y iaitu Vivo Y36 5G. Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di Indonesia dan ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu 4G dan 5G.
Sekiranya Vivo Y36 5G ditawarkan dengan spesifikasi yang sama dengan pasaran Indonesia, ia berkemungikan akan hadir dengan skrin 6.64-inci LCD FHD+. Dijana dengan cip Dimensity 6020 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
Untuk fotografi pula, ia dijangka akan hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Bateri 5000mAh akan dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 44W.
Namun begitu, harga jualan dan ketersediaan peranti hanya akan diketahui pada hari pelancarannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.