Close

Syarat kelayakan YouTube Partner Program diubah – Hanya perlu 500 subscribers sahaja

YouTube telah mengemaskini syarat kelayakan yang lebih rendah untuk menyertai YouTube Partner Program (YPP), sekaligus membolehkan lebih ramai pencipta kandungan menjana pendapatan melaluinya.

Syarat kelayakan baharu ini memerlukan pencipta kandungan mempunyai 500 subscribers dengan 3 video dimuat naik dalam tempoh 90 hari, 3000 jam tontonan dalam setahun atau 3 juta tontonan Shorts dalam masa 90 hari.

Berbanding sebelum ini, untuk menyertai YouTube Partner Program pencipta kandungan memerlukan 1000 subscribers, 4000 jam tontonan dalam tempoh 12 bulan. Atau mempunyai 1000 subscribers dengan 10 juta tontonan Shorts dalam tempoh 90 hari.

Untuk permulaan syarat kelayakan baharu ini hanya tersedia untuk beberapa negara sahaja seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Korea Selatan dan Taiwan. Akan lebih banyak negara dijangka akan menyokong syarat kelayakan baharu ini. Negara yang tidak disenaraikan masih lagi menggunakan syarat kelayakan yang sama buat masa ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN