Close

HONOR 90 akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi

HONOR Malaysia kini dilihat bersedia untuk membawakan peranti kelas pertengahan premium mereka untuk pasaran tempatan melalui model HONOR 90. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa bersama rekaan yang lebih menarik.

HONOR 90 akan dilengkapi dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.7-inci. Skrin peranti turut hadir dengan beberapa ciri menarik seperti paparan 120Hz, HDR10+, kecerahanan puncak 1600 nits dan juga PWM Dimming 3840Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition 4nm yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP  f/1.9 + 12MP ultra lebar f/2.2 + 2MP f/2.4 kedalaman. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 50MP. Untuk memberikan hasil foto dan video lebih menarik ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti AI video quality enhancement, moving photo, video noise reduction, HDR enhancement dan banyak lagi.

Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti Wi-Fi 6, NFC dan menjalan sistem operasi MagiOS 7.1 yang berasaskan Android 13.

HONOR Malaysia buat masa ini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran untuk HONOR 90. Namun, kami menjangkakan yang peranti ini dijangka akan tiba dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN