Close

Apple naikkan harga langganan iCloud+ – Harga langganan 2TB dari RM39.90 jadi RM49.90

Apple kini dilihat menaikkan harga langganan untuk iCloud+ mereka. Yang mana, kenaikkan harga langganan ini lebih terarah kepada penawaran iCloud+ yang paling tinggi iaitu 2TB. 


Kenaikan tersebut menyaksikan harga langganan untuk iCloud+ 2TB menerima kenaikkan sebanyak RM5 menjadi harga langganan terbaru adalah RM49.90 sebulan berbanding sebelum ini iaitu RM39.0.0 sebulan.

Namun begitu, harga langganan untuk storan iCloud+ 50GB dan 200GB masih lagi ditawarkan dengan harga yang sama iaitu RM3.90 sebulan dan RM11.90 sebulan. Peningkatan harga langganan ini bukan sahaja di Malaysia, ia juga merangkumi beberapa negara lain seperti Afrika Selatan, India, Eropah, Asia dan lain-lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN