ASUS secara rasmi melancarkan Zenfone 10 bagi menggantikan model semasa. Merupakan peranti kompak yang sangat berkuasa dan satu-satunya peranti kompak yang masih bertahan di pasaran ketika ini. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi yang menarik.
ASUS Zenfone 10 dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 5.9-inci bersama paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak sehingga 1100 nits, Corning Gorilla Glass Victus dan kandungan HDR. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 4.0.
Untuk fotografi, ASUS Zenfone 10 hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP ultra lebar. Keupayaan kamera turut ditala dengan sistem penstabilan gimbal enam paksi 2.0 yang menggbungkan EIS dan OIS untuk rakaman yang lebih baik. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP.
Bateri 4300mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas berwayar 30W dan 15W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan kalis air IP68, bicu audio 3.5mm, Wi-Fi 6E, Dirac HD Sound dan menjalankan Android 13.
Untuk harga jualan, peranti ini dijual pada harga sekitar EUR799 (RM4063), untuk ketersediaan dan penawaran di Malaysia buat masa ini tidak dapat dipastikan.